Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

PI1M mengabang lekar terletak di kawasan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Mengabang Lekar di dalam Kampung Pagar Besi, Parlimen Setiu, Adun Batu Rakit
Asal usul nama Mengabang Lekar diperolehi dari keadaan geografi kampung yang mempunyai banyak “mengabang” atau dikenali sebagai “anak sungai” Disebabkan faktor geografi “mengabang” ini maka jalan di sekitar kampung ini berlekar-lekar (berliku-liku).

Nama batu rakit pula berasal dari kewujudan satu jajaran batu yang permukaan atasnya timbul dan terletak lebih kurang 400 meter dari daratan dan kelihatan seperti rakit. RAKR Mengabang Lekar terletak kira-kira 30km dari Bandar Kuala Terengganu.

Terdapat banyak kemudahan yang disediakan untuk kegunaan rakyat setempat antaranya Klinik Desa, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Futsal, Balairaya, Kedai Makan, Tempat Penginapan, Tapak Pasar Malam dan Kedai Keropok Lekor yang sinonim dengan Negeri Terengganu Darul Iman.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


CYBERTALK@SCHOOL AT SMK KOMPLEKS MENGABANG TELIPOT

Aktiviti Terkini | 8 Ogos 2023

Program Pedi Cybertalk@School Di SMK Kompleks Mengabang Telipot merupakan program Klik Dengan Bijak bagi pelajar untuk memahami apa itu Jenayah Siber serta mengetahui kepentingan menggunakan internet secara berhemah...baca selanjutnya

PROGRAM USR EKONOMI BIRU

Aktiviti Terkini | 9 Julai 2023

Program ini merupakan program yang dianjurkan oleh Fakulti Maritim, Universiti Malaysia Terengganu...baca selanjutnya

CYBERTALK@SCHOOL AT SMK CHENDERING

Aktiviti Terkini | 13 Jun 2023

Program Pedi Cybertalk@School Di SMK Chendering merupakan program Klik Dengan Bijak bagi pelajar untuk memahami apa itu Jenayah Siber serta mengetahui kepentingan menggunakan internet secara berhemah...baca selanjutnya

CYBERTALK@SCHOOL AT SMK IBRAHIM FIKRI

Aktiviti Terkini | 6 Jun 2023

Program Pedi Cybertalk@School Di SMK Ibrahim Fikri merupakan program Klik Dengan Bijak bagi pelajar untuk memahami apa itu Jenayah Siber serta mengetahui kepentingan menggunakan internet secara berhemah...baca selanjutnya

PROGRAM KITA MADANI DAERAH KUALA TERENGGANU 2023

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2023

Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Kuala Terengganu dengan Kerjasama Rumah Komuniti Teratak Desa Kampung Gong Baru dan telah dihadiri lebih 500 tetamu yang terdiri daripada ketua jabatan, pemimpin setempat dan penduduk kampung...baca selanjutnya

KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK ( KKJP ) – KURSUS ASAS GRAFIK CANVA

Aktiviti Terkini | 5 – 7 April 2023

Program ini merupakan gabungan antara PEDi TElaga Daing, PEDi Mengabang Lekar dan PEDi Chendering di mana hos utama adalah PEDi Telaga Daing...baca selanjutnya

KELAS ASAS SHOPEE RAKAN DIGITAL & PEDI

Aktiviti Terkini | 12– 13 Mac 2023

Program melibatkan pelajar daripada Giat Mara Kuala Nerus seramai 30 org dalam lingkungan umur 18 tahun sehingga 23 tahun...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA “ ISRAK DAN MIKRAJ”

Aktiviti Terkini | 19 Februari 2023

...baca selanjutnya

KELAS GUBAHAN COKLAT

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2023

Program melibatkan beberapa usahawan daripada sekitar Kawasan PEDi Mengabang Lekar. Antara aktiviti yang diadakan adalah membuat reben, menggubah coklat, sesi bergambar serta jamuan ringan. Program berlangsung selama 2 jam....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti