Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

PI1M mengabang lekar terletak di kawasan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Mengabang Lekar di dalam Kampung Pagar Besi, Parlimen Setiu, Adun Batu Rakit
Asal usul nama Mengabang Lekar diperolehi dari keadaan geografi kampung yang mempunyai banyak “mengabang” atau dikenali sebagai “anak sungai” Disebabkan faktor geografi “mengabang” ini maka jalan di sekitar kampung ini berlekar-lekar (berliku-liku).

Nama batu rakit pula berasal dari kewujudan satu jajaran batu yang permukaan atasnya timbul dan terletak lebih kurang 400 meter dari daratan dan kelihatan seperti rakit. RAKR Mengabang Lekar terletak kira-kira 30km dari Bandar Kuala Terengganu.

Terdapat banyak kemudahan yang disediakan untuk kegunaan rakyat setempat antaranya Klinik Desa, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Futsal, Balairaya, Kedai Makan, Tempat Penginapan, Tapak Pasar Malam dan Kedai Keropok Lekor yang sinonim dengan Negeri Terengganu Darul Iman.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM FACE: PEMERKASAAN KELUARGA DAN KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 18 Disember 2016

Program ini dapat memperkenalkan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada penduduk setempat dan memperkenalkan Program E-Waste...baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

PERTANDINGAN PENCETUS UMMAH “JEJAK WARISAN” ANJURAN AGENSI TRANSFORMASI TERENGGANU DUN BATU RAKIT DENGAN KERJASAMA PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA MENGABANG LEKAR

Aktiviti Terkini | 19 November 2016

Pertandingan ini adalah untuk memupuk kesedaran terhadap warisan melayu dan sayangkan warisan melayu yang semakin dilupai serta memberi pendedahan mengenai warisan melayu melalui carian di internet dan membentuk nilai kerjasama antara ahli kumpulan...baca selanjutnya

MAJLIS PERASMIAN PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA MENGABANG LEKAR

Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2016

Majlis Perasmian ini diadakan adalah untuk memperkenalkan PI1M Mengabang Lekar kepada penduduk sekitar. Selain itu, majlis ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak pengurusan PI1M dan penduduk sekitar...baca selanjutnya

Pertandingan : Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA SEMPENA HARI MALAYSIA

19 September 2016 | Aktiviti Terkini

Tujuan pertandingan ini adalah untuk memupuk minat sayangkan Malaysia dan memupuk daya pemikiran yang kreatif dan kritis bagi ahli PI1M Mengabang Lekar dalam mencari jawapan dengan betul berdasarkan tema yang telah diberikan. Selain itu, ia memberi pendedahan mengenai Hari Malaysia kepada ahli PI1M Mengabang Lekar... baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

19 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Pertandingan ini dapat memupuk kreativiti ahli PI1M Mengabang Lekar dalam menggunakan warna dengan betul berdasarkan tema yang telah diberikan. dan memberi pendedahan mengenai bulan kemerdekaan kepada ahli PI1M Mengabang Lekar... baca selanjutnya

MAJLIS BERBUKA PUASA JKKK DENGAN KERJASAMA PIHAK PI1M MENGABANG LEKAR

1 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Tujuan majlis ini adalah mewujudkan hubungan kekeluargaan diantara pihak JKKK dan ahli PI1M dan mendekatkan diri dengan program berbentuk kerohanian serta berkongsi kenangan bersama ahli PI1M dan pihak JKKK... baca selanjutnya

MAJLIS BACAAN YASSIN BERSEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN 2016 / 1437H

3 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Majlis Bacaan Yassin ini dapat bersama-sama mengingati bulan Ramadhan yang akan datang dan mendoakan kesejahteraan dan kemudahan kepada semua serta berkongsi ilmu sesama ahli PI1M dan pihak PI1M... baca selanjutnya

GOTONG ROYONG BERSAMA AHLI PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA MENGABANG LEKAR

28 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Gotong-royong ini dapat mendedahkan Kepada Ahli tentang pentingnya menjaga kebersihan dan bekerjasama bersama ahli PI1M dan pihak PI1M... baca selanjutnya

Peraduan Mewarna Menggunakan Microsoft Paint Di PI1M Mengabang Lekar

02 April 2016 | Aktiviti Terkini

Peraduan ini mendedahkan kepada ahli tentang kemudahan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia dan mendedahkan kepada ahli tentang perisian Microsoft Paint serta mengajar cara menggunakan Microsoft Paint dengan betul... baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan. Baca Selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian. Baca Selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan. Baca Selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M Mengabang Lekar ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Mengabang Lekar seperti kelas komputer dan sebagainya...

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. Baca Selanjutnya

Lagi Berita & Aktiviti