Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

PI1M mengabang lekar terletak di kawasan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Mengabang Lekar di dalam Kampung Pagar Besi, Parlimen Setiu, Adun Batu Rakit
Asal usul nama Mengabang Lekar diperolehi dari keadaan geografi kampung yang mempunyai banyak “mengabang” atau dikenali sebagai “anak sungai” Disebabkan faktor geografi “mengabang” ini maka jalan di sekitar kampung ini berlekar-lekar (berliku-liku).

Nama batu rakit pula berasal dari kewujudan satu jajaran batu yang permukaan atasnya timbul dan terletak lebih kurang 400 meter dari daratan dan kelihatan seperti rakit. RAKR Mengabang Lekar terletak kira-kira 30km dari Bandar Kuala Terengganu.

Terdapat banyak kemudahan yang disediakan untuk kegunaan rakyat setempat antaranya Klinik Desa, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Futsal, Balairaya, Kedai Makan, Tempat Penginapan, Tapak Pasar Malam dan Kedai Keropok Lekor yang sinonim dengan Negeri Terengganu Darul Iman.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 22 Disember 2018

Hari Bersama Komuniti telah bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari. Acara dimulakan dengan slot KDB kemudian diikuti dengan dua permainanan secara atas talian serta satu sesi pertandingan origami. Acara berakhir pada pkul 1 .00 tengahari....baca selanjutnya

PROGRAM JELAJAH ANAK MUDA CINTA MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 04 November 2018

Program Jelajah Anak Muda Cinta Malaysia diadakan bertujuan untuk menerapkan sifat cintakan negara dalam diri anak muda sekaligus dapat mengurangkan gejala social yang kini semakin teruk di negara ini. Program ini dianjurkan bagi mendekati keinginan anak muda dalam menjadi pemangkin negara pada masa hadapan....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

KELAS E-USAHAWAN (PIMPIN & MDEC)

Aktiviti Terkini | 06 Oktober 2018

Kelas ini merupakan satu bentuk inisiatif MDEC dan kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk membudayakan keusahawanan digital dalam kalangan rakyat seterusnya merancakkan ekonomi Negara...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK & GOTONG-ROYONG

Aktiviti Terkini | 15 September 2018

Terdapat dua acara yang diadakan pada hari tersebut iaitu acara dimulakan dengan Taklimat Klik Dengan Bijak kemudian diakhiri dengan acara gotong-royong ringkas. Gotong royong diadakan di sekitar dalam kawasan Pusat Internet sahaja....baca selanjutnya

KDB, KUIZ KEMERDEKAAN DAN JAMUAN

Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2018

Program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat cintakan tanah air dengan mengambil tahu akan sejarah negara bersempena dengan bulan kemerdekaan. Disamping itu, diselitkan juga aktiviti klik dengan bijak. Adik-adik jugak disediakan jamuan makan makan disamping yang secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi silaturahim diantara pelanggan dan staff....baca selanjutnya

KUIZ CELIK ICT

Aktiviti Terkini | 28 Julai 2018

Program ini bertujuan untuk menguji pengetahuan pengunjung-pengunjung Pusat Internet Mengabang Lekar mengenai ICT. Program ini terbuka kepada semua ahli yang hadir ke Pusat Internet Mengabang Lekar....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK & JAMUAN HARI RAYA

Aktiviti Terkini | 29 Jun 2018

Program ini bertujuan untuk memberi gambaran kepada peserta tentang cara penggunaan internet dengan lebih bijak dan selamat. Program ini terbuka kepada semua ahli yang hadir ke Pusat Internet Mengabang Lekar....baca selanjutnya

RAMADHAN DIY PAPER CRAFT

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2018

Program ini bertujuan untuk melatih peserta mengaplikasi tutorial daripada learning applications software untuk dijadikan sebagai bahan pembelajaran. Peserta diberi masa untuk mencipta paper craft secara kreatif. Program ini terbuka kepada semua ahli yang hadir ke Pusat Internet Mengabang Lekar....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI SEMPENA PESTA BUKU @PPAT 2018

Aktiviti Terkini | 02 & 03 April 2018

Pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk menarik orang ramai terutama golongan pelajar. Antaranya persembahan artis cilik Muhammad Irfan Yusmanizam atau lebih dikenali sebagai Mat ipang, pertandingan teka muka surat buku, persembahan buskers, pertandingan mewarna, demonstrasi masakan dan food truck....baca selanjutnya

MAJLIS BACAAN YASSIN PERDANA BERSAMA PENDUDUK KAWASAN RAKR MENGABANG LEKAR

Aktiviti Terkini | 29 Mac 2018

Program ini dijalankan bersama pihak j3k rakr mengabang lekar bagi setiap bulan bermula pada tahun ini. Aktiviti ini diadakan bertujuan bagi mewujudkan aktiviti yang bermanfaat bersama komuniti untuk mencari saham akhirat dan juga membina saham dunia. Pihak pi1m mengabang lekar amatlah berbesar hati kerana turut dijemput bersama bagi aktiviti ini seterusnya memperkenalkan dan mempromosi lagi perkhidmatan kami....baca selanjutnya

EKSPO RIA : PAMERAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA MENGABANG LEKAR, KLIK DENGAN BIJAK, E-WASTE

Aktiviti Terkini | 11 Februari 2018

Program ini dijalankan bagi memperkenalkan dan mempromosi perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak PI1M secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat. Selain itu juga mempromosikan program kesedaran ICT seperti Klik Dengan Bijak dan E-Waste....baca selanjutnya

MICROSOFT PAINT : RUMAHKU SYURGAKU

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2018

Program ini bertujuan untuk melatih peserta dalam menggunakan perisian microsoft paint dengan lebih mahir. Peserta diberi masa untuk melukis rumah idaman mereka dan mewarnakan lukisan tersebut. Terbuka kepada semua ahli yang hadir ke PI1M Mengabang Lekar....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti