PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN BERSAMA LPPKN (IMPLIKASI KEHAMILAN REMAJA)

Aktiviti terkini |2 April 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Mengabang Lekar

Ringkasan Aktiviti :
• Staf PEDi telah terlibat dalam Program Advokasi KafeTEEN bersama LPPKN di mana ianya disertai oleh seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada kalangan remaja peringkat umur 13-24 tahun.
• Program pada kali ini dijalankan secara bersemuka dengan kehadiran staf LPPKN di PEDi.
• Peserta pada kali ini disertai oleh penduduk sekitar PEDi dan juga sekitar Batu Rakit.
• Program ini meliputi 4 segmen iaitu Pendaftaran peserta, Promosi Aplikasi My KafeTEEN, perkongsian ilmu dengan tajuk pilihan dari Modul Cakna Diri dan kuiz interaktif dengan menggunakan aplikasi Kahoot.

Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada peserta yang terlibat mengenai implikasi kehamilan remaja.
• Memperkenalkan aplikasi mobile KafeTEEN kepada para peserta.
• Memberi pendedahan kepada para peserta akan platform yang wujud untuk mereka mendapatkan lebih maklumat mengenai implikasi kehamilan remaja serta lain lain maklumat mengenai kerohanian, pendidikan, keagamaan serta pergaulan antara gender.

Butiran Aktiviti :
• Program berlangsung selama 2 jam dimana ia bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari.
• Program ini terdiri daripada 3 segmen utama iaitu taklimat aplikasi MykafeTEEN, teen talk serta kuiz interaktif melalui aplikasi Kahoot.
• 3 orang peserta yang mendapat markah tertinggi pada acara kuiz tersebut akan mendapat hadiah daripada pihak LPPKN.
• Jamuan ringan turut diberikan kepada peserta yang menyertai program pada hari tersebut.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan tentang implikasi kehamilan remaja.
• Memberi pendedahan kepada para peserta untuk memahami kesan serta akibat daripada kehamilan remaja.
• Mengisi masa lapang peserta dengan slot kerohanian yang bermanfaat.
• Memberi peluang kepada peserta untuk mengumpul sijil dalam bidang kokurikulum.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :