PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN BERSAMA LPPKN ( PENYAKIT JANGKITAN SEKSUAL & HIV/AIDS)
Aktiviti terkini |5 Febuari 2022Tempat Aktiviti:
Google Meet: PEDi MENGABANG LEKARR
Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada peserta yang terlibat mengenai apa itu penyakit jangkitan seksual dan HIV/AIDS.
• Memperkenalkan aplikasi mobile KafeTEEN kepada para peserta.
• Memberi pendedahan kepada para peserta akan platform yang wujud untuk mereka mendapatkan lebih maklumat mengenai penyakit jangkitan seksual dan HIV/AIDS.
Butiran Aktiviti :
• Program berlangsung selama 2 jam dimana ia bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari.
• Program ini terdiri daripada 3 segmen utama iaitu taklimat aplikasi MykafeTEEN, teen talk serta kuiz interaktif melalui aplikasi Kahoot.
• 3 orang peserta yang mendapat markah tertinggi pada acara kuiz tersebut akan mendapat hadiah daripada pihak LPPKN.
• Program diakhiri dengan ucapan oleh pihak LPPKN.
• Jamuan ringan turut diberikan kepada peserta yang menyertai melalui Google Meet di PEDi.
Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan tentang apa itu penyakit jangkitan seksual dan HIV/AIDS serta cara-cara berlakunya jangkitan.
• Memberi pendedahan kepada para peserta untuk memahami kesan serta akibat daripada penyakit jangkitan seksual dah HIV/AIDS.
• Mengisi masa lapang peserta dengan slot kerohanian yang bermanfaat.
• Memberi peluang kepada peserta untuk mengumpul sijil dalam bidang kokurikulum.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :