PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN BERSAMA LPPKN

Aktiviti terkini |12 Januari 2022

Tempat Aktiviti:
Google Meet: PEDi MENGABANG LEKAR

Tujuan :
• Untuk menjalinkan kerjasama dua hala supaya dapat memberi pendedahan tentang pendidikan reproduktif dan sosial seperti perbezaan antara jantina dan gender, streotaip gender dan diskriminasi serta hak asasi manusia yang perlu diketahui oleh para remaja di dalam kehidupan mereka disamping untuk memperkenalkan satu aplikasi baru iaitu mobile KafeTEEN.

Butiran Aktiviti :
• Program berlangsung selama 2 jam dimana ia bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari.
• Program ini terdiri daripada 3 segmen utama iaitu taklimat aplikasi MykafeTEEN, teen talk serta kuiz interaktif melalui medium Kahoot.
• Para peserta yang memenangi hadiah pada acara kuiz tersebut akan mendapat hadiah melalui Pos
• Program diakhiri dengan ucapan oleh pihak Staff PEDi serta ucapan dari Pengarah LPPKN iaitu En Muhammad Noh bin Abdullah.

Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat tentang pendidikan reproduktif dan sosial.
• Memberi definisi sebenar seksualiti iaitu meliputi perasaan, emosi, pemikiran, tingkah laku,dan hubungan seksual antara wanita dan lelaki.
• Mengisi masa lapang peserta dengan slot kerohanian yang bermanfaat.
• Memberi peluang kepada peserta untuk mengumpul sijil dalam bidang kokurikulum

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :