PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN BERSAMA LPPKN ( JANTINA @ GENDER )

Aktiviti terkini |6 Mac 2022

Tempat Aktiviti:
Google Meet: PEDi MENGABANG LEKAR

Ringkasan Aktiviti :
• Staf PEDi telah terlibat dalam Program Advokasi KafeTEEN bersama LPPKN di mana ianya disertai oleh seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada kalangan remaja peringkat umur 13-24 tahun.
• Peserta pada kali ini disertai oleh penduduk sekitar PEDi dan juga sekitar Batu Rakit.
• Program ini meliputi 4 segmen iaitu Pendaftaran peserta, Promosi Aplikasi My KafeTEEN, perkongsian ilmu dengan tajuk pilihan dari Modul Cakna Diri dan kuiz interaktif dengan menggunakan aplikasi Kahoot.

Tujuan :
• Memberi pengetahuan kepada para peserta tentang perbezaan antara jantina @ gender, stereotaip gender dan diskriminasi serta hak asasi manusia.
• Memberi pengetahuan kepada para peserta mengenai perbezaan fizikal dan sifat yang ada pada lelaki dan perempuan.
• Memperkenalkan aplikasi mobile KafeTEEN kepada para peserta.
• Memberi pendedahan kepada para peserta akan platform yang wujud untuk mereka mendapatkan lebih maklumat serta perkongsian berkenaan masalah yang dihadapi.

Butiran Aktiviti :
• Program berlangsung selama 2 jam dimana ia bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 4.30 petang.
• Peserta menyertai program ini melalui platform Google Meet yang bertempat di PEDi dan juga kediaman masing-masing.
• Program ini terdiri daripada 3 segmen utama iaitu taklimat aplikasi MykafeTEEN, teen talk serta kuiz interaktif melalui aplikasi Kahoot.
• Cenderahati akan diberikan kepada peserta yang berjaya menjawab soalan kuiz yang diberikan.
• Program diakhiri dengan ucapan oleh wakil LPPKN.
• Jamuan ringan turut diberikan kepada peserta yang menyertai melalui Google Meet di PEDi.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan tentang apa perbezaan antara jantina @ gender, stereotaip gender dan diskriminasi serta hak asasi manusia.
• Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai perbezaan fizikal dan sifat yang ada pada lelaki dan perempuan.
• Mengisi masa lapang peserta dengan slot kerohanian yang bermanfaat.
• Memberi peluang kepada peserta untuk mengumpul sijil dalam bidang kokurikulum.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :