SANTAI RAYA EDISI 2022
Aktiviti terkini |28 Mei 2022Tempat Aktiviti:
PEDi Mengabang Lekar
Ringkasan Aktiviti :
• Staf PEDi telah menjalankan satu aktiviti bersama ahli komuniti RAKR Mengabang Lekar dengan menjemput mereka untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta sedikit jamuan bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri 2022.
• Antara aktiviti yang diadakan adalah menghias belon bertemakan raya, membina perkataan daripada huruf yang dipilih dan cabaran botol air.
• Pada akhir permainan, cenderahati disediakan kepada para peserta dan mereka juga dijemput untuk menikmati juadah jamuan yang disediakan.
Tujuan :
• Memperkenalkan kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan di PEDi.
• Mengeratkan hubungan silaturrahim antara staf PEDi dengan ahli komuniti setempat.
• Menarik minat ahli komuniti setempat untuk berkunjung ke PEDi.
• Meraikan ahli komuniti setempat yang seringkali menyertai aktiviti yang diadakan di PEDi seperti Kelas Latihan ICT.
Butiran Aktiviti :
• Program berlangsung selama 3 jam dimana ia bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang.
• Program dimulakan dengan kehadiran peserta di mana mereka digalakkan untuk memakai baju raya yang bersesuaian dengan tema kali ini.
• Permainan yang disediakan dimulakan dengan aktiviti menghias belon bagi peserta yang berumur bawah 10 tahun manakala aktiviti membina perkataan disertai oleh peserta yang berumur 10 tahun dan ke atas.
• Bagi aktiviti cabaran botol air pula disertai oleh semua peserta yang hadir.
• Setelah habis mengikuti aktiviti yang dijalankan, para peserta dijamu dengan sedikit juadah yang telah disediakan di samping pembahagian sedikit cenderahati.
Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada para peserta akan kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi.
• Menarik minat ahli komuniti setempat untuk terus mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan di PEDi.
• Mengeratkan silaturrahim antara staf PEDi bersama dengan ahli komuniti dan juga hubungan sesama peserta di mana terdapat peserta yang datang dari sekolah yang berlainan.
• Meraikan ahli komuniti yang seringkali mengunjungi aktiviti yang dijalankan di PEDi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :