PERTANDINGAN MEWARNA BERTEMAKAN KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA

Aktiviti terkini |13 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Mengabang Lekar

Ringkasan Aktiviti :
• Satu program telah diadakan oleh PEDi Mengabang Lekar di mana ianya disertai oleh seramai 14 orang ahli yang berdaftar.
• Pertandingan mewarna ini diadakan bagi menyemarakkan lagi Bulan Kemerdekaan di samping menyemai semangat patriotik dalam kalangan peserta.
• Para peserta digalakkan untuk membawa lukisan masing-masing yang bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama.
• Setelah kehadiran para peserta, pertandingan dimulakan pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi.
• Hasil lukisan para peserta dinilai dan sesi penyampaian hadiah serta saguhati kepada para peserta dijalankan.
• Program diakhiri dengan jamuan ringan serta sesi bergambar.
• Di samping itu, hasil lukisan para peserta yang berumur 12 tahun dan ke bawah telah dihantar ke pertandingan Adik PEDi Boleh Melukis anjuran K-KOMM.

Tujuan :
• Memperkenalkan dengan lebih mendalam mengenai peranan serta perkhidmatan yang ada di PEDi Mengabang Lekar kepada penduduk sekitar.
• Mengeratkan hubungan silaturrahim antara staf PEDi dan ahli komuniti sekitar.
• Menyemai semangat patriotik dalam kalangan peserta di Bulan Kemerdekaan ini.
• Menarik minat ahli komuniti setempat terutamanya pelajar-pelajar sekolah dalam mengikuti aktiviti yang diadakan di PEDi.

Butiran Aktiviti :
• Program berlangsung selama 2 jam 30 minit dimana ia bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari.
• Program dimulakan dengan kehadiran dan pendaftaran para peserta.
• Taklimat ringkas dijalankan untuk memberi maklumat serta syarat-syarat pertandingan.
• Pertandingan dimulakan pada pukul 10.00 pagi dan para peserta diberi masa selama 1 jam 30 minit.
• Hasil lukisan peserta dibuat penilaian.
• Penyampaian hadiah dan saguhati kepada para peserta.
• Program berakhir dengan jamuan ringan dan sesi bergambar bersama para paserta.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada para peserta akan perkhidmatan yang ada di PEDi.
• Menarik minat para peserta untuk menyertai aktiviti yang dijalankan di PEDi disamping memberi pendedahan kepada ibu bapa akan aktiviti yang dijalankan di PEDi.

Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :