KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK ( KKJP ) – KURSUS ASAS GRAFIK CANVA

Aktiviti terkini |5 – 7 April 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Telaga Daing

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini merupakan gabungan antara PEDi TElaga Daing, PEDi Mengabang Lekar dan PEDi Chendering di mana hos utama adalah PEDi Telaga Daing.
• Program melibatkan seramai 15 orang usahawan PEDi.
• Program berlangsung selama tiga hari di mana tenaga pengajar adalah daripada pihak Pemaju Masyarakat Pendidikan Literasi Komputer iaitu Puan Sharifah Suzaimah Binti Syed Sulaiman dan dirasmikan oleh Tuan Haji Wan Rosli Bin Wan Ahmad ( MT Pegawai KEMAS Daerah Kuala Nerus ). • Pada hari pertama , para peserta diajar secara teori berkenaan Kursus Asas Grafik Canva manakala pada hari kedua dan ketiga, peserta diajar secara amali dengan pantauan tenaga pengajar.

Tujuan :
• Memperkenalkan perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di PEDi kepada agensi luar dan peserta.
• Mengeratkan hubungan sosial antara peserta, staf PEDi dan staf agensi luar.
• Menarik minat para peserta untuk terus berkunjung ke PEDi untuk mengembangkan ilmu keusahawan.

Butiran Aktiviti :
• Program berlangsung selama 3 jam bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
• Kehadiran dan pendaftaran para peserta, VIP dan tenaga pengajar.
• Pada hari pertama, perasmian telah dilaksanakan oleh Tuan Haji Wan Rosli Bin Wan Ahmad ( MT Pegawai KEMAS Daerah Kuala Nerus )
• Program diteruskan dengan sesi pembelajaran Kursus Asas Grafik Canva secara teori manakala pada hari kedua dan ketiga, peserta diajar secara amali.
• Sesi penutup dijalankan setelah selesai tugasan peserta pada hari ketiga.
• Pembahagian sijil dan cenderahati.
• Sesi bergambar dan makan tengahari.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mempromosi disamping memberi pendedahan akan kewujudan PEDi serta perkhidmatan yang ada di PEDi.
• Memperkenalkan PEDi kepada agensi luar dan mewujudkan hubungan jaringan sosial antara PEDi dan agensi luar.
• Menarik minat serta memberi pendedahan kepada para peserta untuk terus mendapatkan perkhidmatan di PEDi dalam usaha untuk mengembangkan produk mereka.

Nama VIP :
• Tuan Haji Wan Rosli Bin Wan Ahmad ( MT Pegawai KEMAS Daerah Kuala Nerus )

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :