PROGRAM USR EKONOMI BIRU

Aktiviti terkini |9 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
Fakulti Maritim, Universiti Malaysia Terengganu

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini merupakan program yang dianjurkan oleh Fakulti Maritim, Universiti Malaysia Terengganu.
• Program ini disertai oleh 10 orang usahawan PEDi yang terdiri daripada PEDi Mengabang Lekar, PEDi Telaga Daing dan juga PEDi Chendering. Seramai 10 orang pelajar tahun akhir Fakulti Maritim juga menyertai program ini di mana mereka bertindak selaku fasilitator bagi setiap usahawan.
• Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para usahawan dan juga staf PEDi mengenai apa itu Ekonomi Biru.
• Antara aktiviti yang dijalankan adalah taklimat mengenai Ekonomi Biru, aktiviti dan kuiz berdasarkan Ekonomi Biru,penyampai hadiah dan cenderamata serta sedikit jamuan.
• Pengurus projek bagi program kali ini adalah Dr. Marhaini Mohd Noor selaku Pensyarah Kanan Fakulti Maritim.

Tujuan :
• Memperkenalkan perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di PEDi kepada agensi luar dan peserta.
• Mengeratkan hubungan sosial antara peserta, staf PEDi dan staf agensi luar.
• Memberi pendedahan kepada usahawan serta staf PEDi terlibat mengenai Ekonomi Biru.
• Menarik minat usahawan untuk terus menyertai aktiviti yang dijalankan oleh PEDi dan juga gabungan agensi luar.
• Dapat mempromosi produk-produk usahawan PEDi kepada agensi luar.

Butiran Aktiviti :
• Program berlangsung selama 4 jam bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang.
• Kehadiran dan pendaftaran para peserta.
• Perasmian dan penerangan program oleh Dr. Marhaini.
• Pembahagian kumpulan yang disertai oleh usahawan dan pelajar selaku fasilitator.
• Minum pagi.
• Aktiviti kuiz, pertandingan usahawan social dan pertandingan mega teka gambar.
• Sesi pembahagian hadiah dan cenderahati.
• Sesi bergambar.
• Makan tengahari dan bersurai.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mempromosi disamping memberi pendedahan akan kewujudan PEDi serta perkhidmatan yang ada di PEDi.
• Memperkenalkan PEDi kepada agensi luar dan mewujudkan hubungan jaringan sosial antara PEDi dan agensi luar.
• Menarik minat usahawan untuk menyertai aktiviti yang dijalankan oleh PEDi.
• Dapat mempromosikan produk-produk usahawan kepada agensi luar.

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :