PROGRAM ADVOKASI DAN KUIZ BULAN KEMERDEKAAN

Aktiviti terkini | 17 Ogos 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Mengabang Lekar

Tujuan Aktiviti :
• Memberi taklimat ringkas tentang klik dengan bijak (KDB) kepada para peserta yang mengunjungi pusat internet.
• Mempromosikan pusat internet dengan lebih meluas.
• Menarik minat adik-adik untuk terus mengunjungi pusat internet serta menyertai sebarang aktiviti yang sering dianjurkan oleh pusat internet.

Kelebihan Aktiviti :
• Para peserta mendapat maklumat dan gambaran yang jelas tentang program Klik Dengan Bijak.
• Menguji minda dan kreativiti para peserta dengan menyelesaikan setiap soalan kuiz dan pertandingan yang dijalankan.
• Dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di pusat internet kepada komuniti setempat.
• Dapat mengeratkan hubungan diantara staf PI dengan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :