PERTANDINGAN ‘ONLINE PUZZLE’

Aktiviti terkini |20 Disember 2020

Tempat Aktiviti:
Pi Mengabang Lekar

Tujuan :
• Memperkenalkan serta memberi hebahan akan perkhidmatan yang terdapat di PIK Mengabang Lekar.
• Menarik minat komuniti setempat untuk menyertai aktiviti yang dijalankan oleh PIK.

Butiran Aktiviti :
• Para peserta terdiri daripada ahli komuniti setempat seramai 7 orang.
• Penerangan oleh staf PIK akan cara-cara dan syarat pertandingan.
• Para peserta perlu menyelesaikan teka teki yang disediakan oleh staf PIK dengan menyusun kepingan menjadi gambar yang lengkap.
• Para pemenang akan dipilih berdasarkan kepantasan masa yang diambil untuk menyusun kepingan menjadi gambar yang lengkap.
• Penyampaian hadiah dan saguhati kepada para pemenang dan juga peserta yang menyertai.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mempromosi dan memperkenalkan perkhidmatan yang terdapat di pusat internet kepada komuniti setempat.
• Dapat mengeratkan hubungan diantara staf PIK dengan komuniti setempat.
• Memberi pendedahan dan juga hebahan kepada orang ramai akan alternatif lain yang dapat dijalankan oleh PIK untuk mengadakan aktiviti secara langsung mahupun tidak langsung mengikut norma baharu.
• Dapat menarik minat serta memberi hebahan kepada komuniti setempat akan norma baharu dan SOP terkini di pusat internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :