ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK SECARA LIVE DI FACEBOOK ( ONLINE GROOMING )

Aktiviti terkini |20 November 2020

Tempat Aktiviti:
Pi Mengabang Lekar

Tujuan :
• Memperkenalkan serta memberi hebahan akan perkhidmatan yang terdapat di PIK Mengabang Lekar.
• Menarik minat komuniti setempat untuk menyertai aktiviti yang dijalankan oleh pusat internet.
• Memberi pendedahan kepada orang ramai apa itu Online Grooming, kesan dan peranan yang dapat diambil.
• Mendidik orang ramai akan pengaruh online grooming terhadap kanak-kanak dan remaja terutamanya sekiranya tiada pemantauan dilakukan.
• Menerangkan peranan yang dapat diambil oleh mereka yang lebih dewasa terutamanya pihak ibu bapa bagi mengelakkan berlakunya Online Grooming.

Butiran Aktiviti :
• Program ini menyasarkan orang ramai yang menggunakan media sosial Facebook.
• Program ini dijalankan secara live di Facebook ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ( PKPB )
• Program ini disampaikan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus PIK Mengabang Lekar.
• Dijalankan di PIK Mengabang Lekar pada 20 November 2020 dan Facebook Live ini berlangsung selama 1 jam ( 11.30 pagi – 12.30 tengahari )

Kelebihan Aktiviti :
• Memperkenalkan serta memberi hebahan akan perkhidmatan yang terdapat di PIK Mengabang Lekar.
• Menarik minat komuniti setempat untuk menyertai aktiviti yang dijalankan oleh pusat internet.
• Memberi pendedahan dan juga hebahan kepada orang ramai akan alternatif lain yang dapat dijalankan oleh PIK untuk melangsungkan aktiviti meski dalam keadaan tanpa bersua muka.
• Dapat menarik minat serta memberi hebahan kepada komuniti setempat akan norma baharu dan SOP terkini di pusat internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :