“ VAKSIN COVID-19 “ BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti terkini |24 April 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Mengabang Lekar

Tujuan :
• Menarik minat komuniti setempat untuk menyertai aktiviti yang dijalankan oleh PIK.
• Memperkenalkan PIK Mengabang Lekar dan mengetengahkan fungsi serta peranan PIK kepada orang ramai.
• Memberi hebahan orang ramai akan perkhidmatan yang mereka boleh dapatkan di PIK.

Butiran Aktiviti :
• Hebahan mengenai perkhidmatan Pendaftaran Vaksin Covid-19 yang boleh didapati di PIK Mengabang Lekar.
• Antara perkhidmatan yang ada ialah bantuan dari segi muat turun dan pendaftaran aplikasi MySejahtera, bantuan pendaftaran Vaksin covid-19 melalui aplikasi MySejahtera dan juga sebarang pertanyaan berkenaan pendaftaran Vaksin Covid-19.
• Ahli komuniti yang memerlukan bantuan tersebut hadir ke PIK Mengabang Lekar dan akan dibimbing oleh Staf PIK.

Kelebihan Aktiviti :
• Merapatkan hubungan antara PIK Mengabang Lekar dan ahli komuniti setempat.
• Membuat hebahan akan fungsi dan peranan yang dimainkan oleh PIK untuk komuniti setempat .
• Menarik minat ahli komuniti setempat untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang di adakan oleh PIK.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :