BENGKEL LANJUTAN FS4A

Aktiviti terkini |23 – 25 Februari 2021

Tempat Aktiviti:
Secara Atas Talian Melalui Medium Youtube Live

Tujuan :
• Menambah ilmu berkenaan Program FS4A supaya staff PIK dapat memberi tunjuk ajar kepada para peserta dan komuniti yang berminat.
• Menarik minat komuniti setempat untuk menyertai aktiviti yang dijalankan oleh PIK.
• Membantu para peserta sebelum ini untuk mengkaji serta belajar lebih banyak benda berkenaan FS4A.
• Menggalakkan peserta untuk mengaplikasikan ilmu berkenaan dengan lebih meluas.

Butiran Aktiviti :
• Para peserta terdiri daripada staff PIK
• Staff PIK dikehendaki untuk menyertai Bengkel secara atas talian melalui medium Youtube Live.
• Setiap tajuk dibahagi kepada 3 hari yang berbeza dan diajar oleh facilitator yang berbeza.
• Setiap topik akan diajar beserta sekali sesi soal jawab serta sesi menjawab kuiz bagi memastikan objektif bengkel ini diadakan dapat dicapai

Kelebihan Aktiviti :
Dapat memberi pendedahan serta ilmu kepada staff PIK supaya Staff PIK dapat mengajar semula peserta dan komuniti yang telah mengikuti kelas FS4A sebelum ini.
• Dapat menjadikan program FS4A ini sebagai satu program yang bagus untuk disertai oleh peserta secara berterusan.
• Memberi pendedahan dan juga hebahan kepada orang ramai akan alternatif lain yang dapat dijalankan oleh PIK untuk mengadakan aktiviti secara langsung mahupun tidak langsung mengikut norma baharu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :