PROGRAM JOM@TUISYEN SPM 2020

Aktiviti terkini |23 – 31 Januari 2021

Tempat Aktiviti:
Secara Atas Talian Melalui Medium Zoom

Tujuan :
• Memperkenalkan serta memberi hebahan akan perkhidmatan yang terdapat di PIK Mengabang Lekar.
• Menarik minat komuniti setempat untuk menyertai aktiviti yang dijalankan oleh PIK.
• Membantu para peserta untuk menjalani tuisyen secara percuma melalui medium Zoom.
• Membantu para peserta dalam membuat persediaan serta ulang kaji sebelum mereka menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.

Butiran Aktiviti :
• Para peserta terdiri daripada para pelajar yang akan menduduki SPm terutamanya SPM 2020.
• Pihak PIK akan membuat hebahan berkenaan program ini dan membantu peserta dalam melengkapkan maklumat yang dikehendaki.
• Pihak PIK akan terus kekal berhubung dengan para peserta bagi memastikan mereka dapat mengikuti setiap sesi yang dikehendaki.
• Terdapat pelbagai subjek yang diajar diikuti dengan kesesuaian masa.
• PIK juga menawarkan kemudahan komputer dan juga internet sekiranya para peserta menghadapi kekangan untuk mengikuti kelas secara atas talian di tempat tinggal.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mempromosi dan memperkenalkan perkhidmatan yang terdapat di pusat internet kepada komuniti setempat.
• Dapat mengeratkan hubungan diantara staf PIK dengan komuniti setempat.
• Memberi pendedahan dan juga hebahan kepada orang ramai akan alternatif lain yang dapat dijalankan oleh PIK untuk mengadakan aktiviti secara langsung mahupun tidak langsung mengikut norma baharu.
• Dapat menarik minat serta memberi hebahan kepada komuniti setempat akan norma baharu dan SOP terkini di pusat internet.
• Dapat membantu para peserta untuk membuat persediaan sebelum menduduki peperiksaan kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :