PROGRAM EVOLVE-NEXT LEVEL BUSINESS 3.0

Aktiviti terkini |17 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Mengabang Lekar

Ringkasan Aktiviti :
• Program melibatkan beberapa orang usahawan dibawah PEDi telah menyertai program ini.
• Program ini berkaitan dengan cara untuk mengembangkan lagi perniagaan sedia ada dengan pendedahan mengenai cara terbaik untuk membuat pemilihan nama perniagaan, logo dan juga cara untuk membuat “copywriting” dan program telah berlangsung selama 2 jam.

Tujuan :
• Memperkenalkan dengan lebih mendalam mengenai peranan serta perkhidmatan yang ada di PEDi.
• Membantu usahawan di bawah PEDi untuk mengembangkan lagi kemahiran perniagaan sedia ada.
• Menambah ilmu pengetahuan berkenaan cara pengurusan perniagaan serta kemahiran selain ilmu mengenai jualan secara langsung

Butiran Aktiviti :
• Program berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
• Peserta seramai 5 orang telah menyertai program yang dijalankan.
• Antara aktiviti yang diadakan ialah penerangan mengenai cara untuk memilih nama perniagaan dengan baik, cara memilih logo perniagaan yang bersesuaian serta cara untuk membuat “copywriting”.
• Program diakhiri dengan program jamuan ringan serta sesi bergambar.

Kelebihan Aktiviti :
• Peserta mendapat menggunakan kemudahan di PEDi untuk belajar ilmu berkenaan perniagaa.
• Memberi peluang untuk para usahawan belajar ilmu pengurusan perniagaan tanpa perlu pegi ke tempat yang jauh.
• Dapat mempromosikan disamping memberi pendedahan akan kewujudan PEDi serta perkhidmatan yang ada di PEDi.

Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :