PERTANDINGAN MEWARNA WANITA DAN KANAK-KANAK DI KARNIVAL TMBS BATU RAKIT

Aktiviti terkini |22 Julai 2022

Tempat Aktiviti:
Dataran Padang Bola Kg Wakaf Chagak, Batu Rakit

Ringkasan Aktiviti :
• Satu program telah diadakan di Dataran Padang Bola Kampung Wakaf Chagak yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit selama tiga hari bermula 21-23 Julai 2022.
• Pertandingan mewarna wanita dan kanak-kanak telah dijalankan pada hari kedua di mana ianya melibatkan kanak-kanak dari pelbagai Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI ), kanak-kanak dan wanita sekitar Dun Batu Rakit.
• Pertandingan dimulakan dengan kategori PASTI, diikuti dengan kategori kanak-kanak dan kategori wanita.
• Hadiah dan saguhati diberikan kepada para pemenang.
• PEDi Mengabang Lekar berperanan dalam membuat hebahan untuk mencari para peserta yang menyertai pertandingan.

Tujuan :
• Memperkenalkan dengan lebih mendalam mengenai peranan serta perkhidmatan yang ada di PEDi Mengabang Lekar kepada penduduk sekitar.
• Mengeratkan hubungan silaturrahim antara staf PEDi dengan staf daripada Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit serta penduduk sekitar.

Butiran Aktiviti :
• Program berlangsung selama 2 jam dimana ia bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada 11.30 pagi.
• Program dimulakan dengan kehadiran dan pendaftaran para peserta.
• Taklimat ringkas dijalankan untuk memberi maklumat serta syarat-syarat pertandingan.
• Pertandingan dimulakan mengikut kategori masing-masing dalam had masa yang telah ditetapkan.
• Lukisan yang telah siap diwarnakan akan dihantar untuk penilaian dan pemilihan.
• Penyampaian hadiah dan saguhati kepada para pemenang dan peserta.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan dan pengalaman kepada staf PEDi dalam penglibatan aktiviti bersama agensi luar.
• Meluaskan lagi pergaulan antara staf PEDi dengan staf agensi luar serta penduduk sekitar.

Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :