PROGRAM MOBILE TEAM KWSP BERSAMA PELANGGAN DI PEDI MENGABANG LEKAR

Aktiviti terkini |21 November 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Mengabang Lekar

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi telah bekerjasama dengan pihak mobile team KWSP dengan mengadakan program bersama pelanggan.
• Program ini membolehkan penduduk sekitar membuat sebarang jenis urusan yang berkitan KWSP tanpa perlu pergi ke Pejabat KWSP.

Tujuan :
• Memudahkan urusan penduduk berdekatan untuk membuat urusan berkaitan KWSP
• Mengeratkan hubungan silaturrahim antara staf PEDi dan ahli komuniti sekitar.
• Mempelbagaikan urusan yang boleh memberi manfaat kepada penduduk sekitar.

Butiran Aktiviti :
• Program berlangsung selama 3 jam dimana ia bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada 1.00 tengahari.
• Wakil daripada mobile team seramai 2 orang memberi penerangan mengenai program yang akan berlangsung pada hari tersebut.
• Program mendapat sambutan yang baik daripada penduduk berhampiran serta sepanjang aktiviti berlangsung, mobile team KWSP berperanan untuk melayan setiap urusan yang ingin dilakukan oleh peduduk yang hadir.
• Program dihadiri oleh penduduk setempat serta turut mendapat sambutan daripada penduduk daripada Gong Badak dan Tok Jembal.
• Minum pagi dan jamuan ringan turut disediakan kepada mobile team KWSP

Kelebihan Aktiviti :
• Membantu memudahkan urusan penduduk yang sukar untuk ke Pejabat KWSP yang terletak jauh dari kawasan ini.
• Memberi maklumat yang berkitan KWSP secara lebih tepat kepada penduduk setempat yang kadang kala tidak mendapat maklumat yang tepat.

Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :