PROGRAM KUTIPAN E-WASTE DENGAN KERJASAMA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI TERENGGANU DAN SYARIKAT KT WAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA TAHUN 2022

Aktiviti terkini |15 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Mengabang Lekar

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi telah mengadakan satu program kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dan Syarikat KT Wan iaitu Program Kutipan E-Waste.
• Program diadakan selama 3 jam dimana Syarikat KT Wan yang merupakan syarikat pengutipan berlesen telah membuka tempat pengumpulan sisa elektrik dan elektronik di perkarangan parkir PEDi.
• Ianya memberi peluang dan kemudahan kepada ahli komuniti sekitar untuk melupuskan sisa elektrik dan elektronik mereka dengan cara yang betul di samping mendapat pulangan wang tunai ke atas setiap barangan yang dilupuskan.

Tujuan :
• Memperkenalkan dengan lebih mendalam mengenai peranan serta perkhidmatan yang ada di PEDi Mengabang Lekar kepada penduduk sekitar.
• Mengeratkan hubungan silaturrahim antara staf PEDi dan ahli komuniti sekitar.
• Memberi pendedahan kepada orang ramai tentang cara yang betul untuk melupuskan sisa elektrik dan elektronik disamping dapat mengelakkan pembuangan sisa elektrik dan elektronik ke tempat yang tidak bersesuaian.
• Memudahkan ahli komunti setempat untuk melupuskan sisa elektrik dan elektronik dengan cara yang betul dan berdekatan.

Butiran Aktiviti :
• Program berlangsung selama 3 jam dimana ia bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari.
• Wakil Syarikat KT Wan hadir dan menyiapkan tempat pengumpulan sisa elektrik dan elektronik.
• Kehadiran Puan Zaleha, wakil daripada Syarikat Jabatan Alam Sekitar untuk memantau dan memberi sokongan.
• Sepanjang aktiviti berlangsung, wakil Syarikat KT Wan berperanan untuk membuat penilaian barang pelupusan dan memberi bayaran wang tunai ke atas setiap barangan yang dilupuskan.
• Kehadiran bukan sahaja daripada ahli komuniti sekitar, malahan turut mendapat sambutan daripada penduduk daripada Gong Badak dan Tok Jembal.
• Minum pagi dan jamuan ringan turut disediakan kepada wakil Jabatan Alam Sekitar dan Syarikat KT Wan.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada komuniti sekitar akan perkhidmatan yang ada di PEDi.
• Memberi kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan untuk melupuskan sisa elektrik dan elektronik ke tempat yang betul bagi mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar.
• Memberi pendedahan kepada orang ramai akan kewujudan tempat pengumpulan sisa elektrik dan elektronik yang berlesen.
• Memberi kemudahan kepada orang ramai untuk melupuskan sisa elektrik dan elektronik di kawasan berhampiran di samping mendapat bayaran wang tunai ke atas setiap barangan yang dilupuskan.

Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :