PROGRAM ADVOKASI DAN E-WASTE DI PESTA BUKU @ PPAT 2022 ( KLUSTER KUALA TERENGGANU DAN KUALA NERUS )

Aktiviti terkini |28 - 29 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu

Ringkasan Aktiviti :
• Program Advokasi Dan E-Waste ini diadakan dengan gabungan PEDi di bawah Kluster Kuala Nerus dan Kuala Terengganu iaitu PEDi Mengabang Lekar, PEDi Telaga Daing dan PEDi Chendering.
• Program ini diadakan selama 2 hari di mana PEDi telah membuka ruangan pameran yang berkaitan dengan PEDi, Klik Dengan Bijak dan juga E-Waste.
• Program ini menyasarkan pengunjung yang hadir ke ekspo buku tersebut.
• Pelbagai aktiviti menarik dan juga hadiah saguhati disediakan untuk para peserta yang berkunjung .

Tujuan :
• Memperkenalkan dengan lebih mendalam mengenai peranan serta perkhidmatan yang ada di PEDi.
• Memberi taklimat ringkas tentang Klik Dengan Bijak kepada perserta yang berkunjung.
• Memberi pendedahan tentang E-Waste dan cara untuk melupuskan sisa E-Waste dengan betul.

Butiran Aktiviti :
• Program berlangsung selama 2 hari dimana ia bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 6.00 petang.
• Peserta seramai 500 telah berkunjung ke booth pameran dimana kebanyakkan daripada merekan terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah.
• Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan mencari gambar tersembunyi, mencari perkataan tersembunyi, kuiz Klik Dengan Bijak disamping taklimat ringkas mengenai apa iti Klik Dengan Bijak.
• Bahan aktiviti telah disediakan oleh staf PEDi dan hadiah saguhati juga turut disediakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada peserta yang berkunjung.

Kelebihan Aktiviti :
• Peserta mendapat maklumat dan gambaran yang lebih jelas mengenai apa itu Klik Dengan Bijak.
• Memberi kesedaran kepada para peserta mengenai E-Waste dan juga cara untuk melupuskan sisa E-Waste dengan betul.
• Dapat mempromosikan disamping memberi pendedahan akan kewujudan PEDi serta perkhidmatan yang ada di PEDi.

Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :