PROGRAM HARI MALAYSIA

Aktiviti terkini |24 September 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Mengabang Lekar

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi telah mengadakan program bersama penduduk setempat bersempena dengan Hari Malaysia yang disambut pada bulan September.
• Antara aktiviti yang diadakan pada hari program tersebut berlangsung adalah aktiviti KDB Talk, Pertandingan susun Puzzle yang bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama serta diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah dan jamuan ringan.
• Program ini disertai oleh adik adik berumur 7 tahun hingga 12 tahun.

Tujuan :
• Memperkenalkan dengan lebih mendalam mengenai peranan serta perkhidmatan yang ada di PEDi Mengabang Lekar kepada penduduk sekitar.
• Mengeratkan hubungan silaturrahim antara staf PEDi dan ahli komuniti sekitar.
• Membantu menyemai semangat patriotik dalam kalangan peserta bersempena Hari Malaysia secara lebih santai.
• Menarik minat ahli komuniti setempat terutamanya pelajar-pelajar sekolah dalam mengikuti aktiviti yang diadakan di PEDi.

Butiran Aktiviti :
• Program berlangsung selama 2 jam dimana ia bermula pada pukul 1 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari.
• Program dimulakan dengan kehadiran dan pendaftaran para peserta.
• Taklimat ringkas dijalankan untuk memberi maklumat serta syarat-syarat pertandingan.
• Pertandingan dimulakan pada pukul 10.00 pagi dan para peserta diberi masa selama 1 jam 30 minit.
• Penyampaian hadiah dan saguhati kepada para peserta.
• Program berakhir dengan jamuan ringan dan sesi bergambar bersama para paserta.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada para peserta akan perkhidmatan yang ada di PEDi.
• Menarik minat para peserta untuk menyertai aktiviti yang dijalankan di PEDi disamping memberi pendedahan kepada ibu bapa akan aktiviti yang dijalankan di PEDi.

Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :