KELAS ASAS SHOPEE RAKAN DIGITAL & PEDI

Aktiviti terkini |12– 13 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Mengabang Lekar

Ringkasan Aktiviti :
• Program melibatkan pelajar daripada Giat Mara Kuala Nerus seramai 30 org dalam lingkungan umur 18 tahun sehingga 23 tahun.
• Program berlangsung selama dua hari di mana pelajar yang terlibat adalah daripada Kursus Jahitan dan Kursus Masakan.
• Program ini juga melibatkan Rakan Digital (RD) PEDi Mengabang Lekar, RD PEDi Bukit Diman dan RD PEDi Tengkawang.

Tujuan :
• Memperkenalkan perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di PEDi Mengabang Lekar kepada agensi luar.
• Menarik minat para pelajar dan juga staf yang terlibat akan program keusahawanan yang dijalankan oleh PEDi Mengabang Lekar.
• Mengeratkan hubungan sosial antara staf PEDi dengan pelajar serta staf Giat Mara.
• Menarik minat para pelajar serta staf Giat Mara yang berminat dan mempunyai potensi menjadi usahawan kelak untuk terus mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan di PEDi.

Butiran Aktiviti :
• Program berlangsung selama 3 jam bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 1.00 petang.
• Pada hari pertama, seramai 13 pelajar Kursus Jahitana dan seramai 17 pelajar Kursus yang terlibat pada hari kedua.
• Ketibaan dan pendaftaran para pelajar.
• Sesi taklimat dan sesi pembelajaran secara teori oleh RD.
• Sesi pembelajaran secara amali.
• Jamuan ringan dan sesi bergambar.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mempromosikan disamping memberi pendedahan akan kewujudan PEDi serta perkhidmatan yang ada di PEDi.
• Memperkenalkan PEDi Mengabang Lekar kepada agensi luar dan mewujudkan hubungan jaringan sosial antara PEDi dan Giat Mara untuk terus mengadakan program Kerjasama pada masa akan datang.
• Menarik minat serta memberi pendedahan kepada para pelajar yang berminat menjadi usahawam kelak untuk terus menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan di PEDi.

Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :