PROGRAM KITA MADANI DAERAH KUALA TERENGGANU 2023

Aktiviti terkini |20 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
Rumah Komuniti Teratak Desa, Kg Gong Baru

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Kuala Terengganu dengan Kerjasama Rumah Komuniti Teratak Desa Kampung Gong Baru dan telah dihadiri lebih 500 tetamu yang terdiri daripada ketua jabatan, pemimpin setempat dan penduduk kampung.
• Pelbagai pengisian disediakan bagi menjayakan program itu seperti ceramah berkaitan isu semasa oleh penceramah undangan.
• Pihak PEDi telah dipanggil untuk memberi penerangan berkenaan PEDi dan diwakili oleh Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Felda Belara, Puan Mariani Mamat.

Tujuan :
• Memperkenalkan dengan lebih mendalam mengenai peranan serta perkhidmatan yang ada di PEDi.
• Menjalin hubungan baik dengan penduduk dari lain lain kawasan.
• Memberi kesedaran dan pendedahan berkenaan program KITAR dan E-waste

Butiran Aktiviti :
• Program berlangsung sepanjang hari bermula pukul 11.00 pagi iaitu sesi ketibaan peserta dan berakhir dengan jamuan makan sehingga petang.
• Antara aktiviti yang diadakan ialah slot penerangan PEDi, ceramah penipuan atas talian (Ketua Bahagian Jenayah Komersial), ceramah Malaysia Madani, ceramah kesihatan (Klinik Hijraa), Ucapan aluan serta ucapan perasmian.
• Program turut diselitkan dengan acara menarik seperti sesi kutipan bahan buangan elektronik, quiz dan juga aktiviti teka dan menang yang disediakan oleh pihak PEDi yang terlibat.

Kelebihan Aktiviti :
• Pengunjung berpeluang mendapat maklumat secara terus berkenaan PEDi, penipuan atas talian, serta maklumat berkenaan Program KITAR.
• Mengeratkan silaturahim diantara agensi kerajaan, NGO dan penduduk setempat.
• PEDi secara tidak langsung dapat menarik minat lebih ramai orang untuk berkunjung ke PEDI berhampiran untuk menggunakan kemudahan yang ada di PEDi.

Nama VIP :
• Encik Saharrudin Mohamed (Penolong Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Terengganu)
• ASP Noor Shahiram Adam (Ketua Bahagian Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu)
• Puan Rusmiza Anuar (Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :