Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

PI1M mengabang lekar terletak di kawasan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Mengabang Lekar di dalam Kampung Pagar Besi, Parlimen Setiu, Adun Batu Rakit
Asal usul nama Mengabang Lekar diperolehi dari keadaan geografi kampung yang mempunyai banyak “mengabang” atau dikenali sebagai “anak sungai” Disebabkan faktor geografi “mengabang” ini maka jalan di sekitar kampung ini berlekar-lekar (berliku-liku).

Nama batu rakit pula berasal dari kewujudan satu jajaran batu yang permukaan atasnya timbul dan terletak lebih kurang 400 meter dari daratan dan kelihatan seperti rakit. RAKR Mengabang Lekar terletak kira-kira 30km dari Bandar Kuala Terengganu.

Terdapat banyak kemudahan yang disediakan untuk kegunaan rakyat setempat antaranya Klinik Desa, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Futsal, Balairaya, Kedai Makan, Tempat Penginapan, Tapak Pasar Malam dan Kedai Keropok Lekor yang sinonim dengan Negeri Terengganu Darul Iman.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


BENGKEL KEUSAHAWANAN YPU BERSAMA VIRAL NIAGA

Aktiviti Terkini | 29 Disember 2019

Bengkel ini bertujuan untuk memudahkan para usahawan dalam meningkatkan perniagaan beliau dengan menggunakan perniagaan atas talian melalui ViralNiaga.com. ViralNiaga.com adalah platform Hosting Premium Viral yang membuat sistem viral anda sendiri mudah, terjangkau, selamat dan pantas. ViralNiaga.com datang dengan plugin premium, sokongan dan pengurusan yang berdedikasi, tidak pernah risau tentang keselamatan, prestasi, sandaran dan kemas kini lagi. Untuk bengkel kali ini, usahawan didedahkan dengan aplikasi terbaru daripada Viral Niaga iaitu Viral Niaga App. Mereka diberi penerangan berkaitan cara penggunaan dan kelebihan menggunakan aplikasi tersebut....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA

Aktiviti Terkini | 23 November 2019

Aktiviti sebegini dapat menarik minat adik-adik untuk terus mengunjungi pusat internet serta menyertai sebarang aktiviti yang sering dianjurkan oleh pusat internet....baca selanjutnya

MARI BELAJAR ORIGAMI

Aktiviti Terkini | 12 Oktober 2019

Aktiviti ini dapat meningkatkan lagi kemahiran menggunakan komputer melalui cara penggunaan yang lebih efektif dan menarik....baca selanjutnya

PROGRAM MIV BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 14 Sept 2019

Program hasil usahasama semua Pusat Internet Kluster Kuala Nerus dan Malaysian ICT Volunteer (MIV) yang bertujuan untuk menyampaikan KDB talk kepada komuniti serta menyampaikan hebahan mengenai penutupan siaran tv analog dan akan digantikan dengan myfreeview....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DAN KUIZ BULAN KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2019

Aktiviti ini dapat menguji minda dan kreativiti para peserta dengan menyelesaikan setiap soalan kuiz dan pertandingan yang dijalankan....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA & TAKLIMAT ADVOKASI

Aktiviti Terkini | 26 Julai 2019

Peserta seramai 50 orang yang terdiri daripada ahli PI dan juga pelajar dari sekolah berhampiran. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah klik dengan bijak, kuiz berkenaan klik dengan bijak dan pertandingan mewarna....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DAN JAMUAN HARI RAYA

Aktiviti Terkini | 29 Jun 2019

Program ini bagi memberi taklimat ringkas tentang Klik Dengan Bijak (KDB) serta E-Waste kepada pengunjung yang hadir dan mengeratkan silaturahim diantara staf PI dengan komuniti setempat serta mempromosikan perkhidmatan pusat internet dengan lebih meluas....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENCIPTA KAD RAYA

Aktiviti Terkini | 31 Mei 2019

Peserta seramai 30 orang yang terdiri daripada ahli PI, pelajar sekolah dan komuniti setempat. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan menguji minda (Kuiz Tema Ramadhan), taklimat ringkas KDB kepada peserta serta pertandingan mencipta kad hari raya....baca selanjutnya

‘MIND CHALLENGE DAY’

Aktiviti Terkini | 12 April 2019

Peserta seramai 30 orang yang terdiri daripada ahli PI, pelajar sekolah dan komuniti setempat. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan menguji minda (hidden object & paper craft), kuiz Klik Dengan Bijak serta taklimat ringkas KDB kepada peserta...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI & E-WASTE SEMPENA PESTA BUKU @PPAT

Aktiviti Terkini | 02 & 03 Mac 2019

Pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk menarik orang ramai terutama golongan pelajar. Pertandingan teka muka surat buku, persembahan buskers, pertandingan mewarna, demonstrasi masakan dan food truck....baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Poster Chinese New Year

Aktiviti Terkini | 23 Februari 2019

Peserta terdiri daripada ahli PI Mengabang Lekar yang berumur dalam lingkungan 7 sehingga 12 tahun....baca selanjutnya

Hari ‘Klik Dengan Bijak’

Aktiviti Terkini | 26 Januari 2019

Merapatkan hubungan antara staf PI dengan komuniti setempat dan mempromosikan Pusat Internet dan pengisian yang terdapat disini....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti