Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
PI1M mengabang lekar terletak di kawasan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Mengabang Lekar di dalam Kampung Pagar Besi, Parlimen Setiu, Adun Batu Rakit
Asal usul nama Mengabang Lekar diperolehi dari keadaan geografi kampung yang mempunyai banyak “mengabang” atau dikenali sebagai “anak sungai”
Disebabkan faktor geografi “mengabang” ini maka jalan di sekitar kampung ini berlekar-lekar (berliku-liku).
Nama batu rakit pula berasal dari kewujudan satu jajaran batu yang permukaan atasnya timbul dan terletak lebih kurang 400 meter dari daratan dan kelihatan seperti rakit. RAKR Mengabang Lekar terletak kira-kira 30km dari Bandar Kuala Terengganu.
Terdapat banyak kemudahan yang disediakan untuk kegunaan rakyat setempat antaranya Klinik Desa, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Futsal, Balairaya, Kedai Makan, Tempat Penginapan, Tapak Pasar Malam dan Kedai Keropok Lekor yang sinonim dengan Negeri Terengganu Darul Iman.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023PROGRAM EVOLVE-NEXT LEVEL BUSINESS 3.0
Aktiviti Terkini | 17 Disember 2022Program melibatkan beberapa orang usahawan dibawah PEDi telah menyertai program ini. Program ini berkaitan dengan cara untuk mengembangkan lagi perniagaan sedia ada dengan pendedahan mengenai cara terbaik untuk membuat pemilihan nama perniagaan, logo dan juga cara untuk membuat “copywriting” dan program telah berlangsung selama 2 jam....baca selanjutnya
PROGRAM MOBILE TEAM KWSP BERSAMA PELANGGAN DI PEDI MENGABANG LEKAR
Aktiviti Terkini | 21 November 2022PEDi telah bekerjasama dengan pihak mobile team KWSP dengan mengadakan program bersama pelanggan. Program ini membolehkan penduduk sekitar membuat sebarang jenis urusan yang berkitan KWSP tanpa perlu pergi ke Pejabat KWSP...baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DAN E-WASTE DI PESTA BUKU @ PPAT 2022 ( KLUSTER KUALA TERENGGANU DAN KUALA NERUS )
Aktiviti Terkini | 28 - 29 Oktober 2022Program Advokasi Dan E-Waste ini diadakan dengan gabungan PEDi di bawah Kluster Kuala Nerus dan Kuala Terengganu iaitu PEDi Mengabang Lekar, PEDi Telaga Daing dan PEDi Chendering. Program ini diadakan selama 2 hari di mana PEDi telah membuka ruangan pameran yang berkaitan dengan PEDi, Klik Dengan Bijak dan juga E-Waste. Program ini menyasarkan pengunjung yang hadir ke ekspo buku tersebut. Pelbagai aktiviti menarik dan juga hadiah saguhati disediakan untuk para peserta yang berkunjung ....baca selanjutnya
PROGRAM KUTIPAN E-WASTE DENGAN KERJASAMA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI TERENGGANU DAN SYARIKAT KT WAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA TAHUN 2022
Aktiviti Terkini | 15 Oktober 2022PEDi telah mengadakan satu program kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dan Syarikat KT Wan iaitu Program Kutipan E-Waste. Program diadakan selama 3 jam dimana Syarikat KT Wan yang merupakan syarikat pengutipan berlesen telah membuka tempat pengumpulan sisa elektrik dan elektronik di perkarangan parkir PEDi. Ianya memberi peluang dan kemudahan kepada ahli komuniti sekitar untuk melupuskan sisa elektrik dan elektronik mereka dengan cara yang betul di samping mendapat pulangan wang tunai ke atas setiap barangan yang dilupuskan....baca selanjutnya
PROGRAM HARI MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 24 September 2022PEDi telah mengadakan program bersama penduduk setempat bersempena dengan Hari Malaysia yang disambut pada bulan September. Antara aktiviti yang diadakan pada hari program tersebut berlangsung adalah aktiviti KDB Talk, Pertandingan susun Puzzle yang bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama serta diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah dan jamuan ringan. Program ini disertai oleh adik adik berumur 7 tahun hingga 12 tahun....baca selanjutnya
PERTANDINGAN MEWARNA BERTEMAKAN KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA
Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2022Satu program telah diadakan oleh PEDi Mengabang Lekar di mana ianya disertai oleh seramai 14 orang ahli yang berdaftar. Pertandingan mewarna ini diadakan bagi menyemarakkan lagi Bulan Kemerdekaan di samping menyemai semangat patriotik dalam kalangan peserta. Para peserta digalakkan untuk membawa lukisan masing-masing yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’. Setelah kehadiran para peserta, pertandingan dimulakan pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi. Hasil lukisan para peserta dinilai dan sesi penyampaian hadiah serta saguhati kepada para peserta dijalankan. Program diakhiri dengan jamuan ringan serta sesi bergambar. Di samping itu, hasil lukisan para peserta yang berumur 12 tahun dan ke bawah telah dihantar ke pertandingan Adik PEDi Boleh Melukis anjuran K-KOMM....baca selanjutnya
PERTANDINGAN MEWARNA WANITA DAN KANAK-KANAK DI KARNIVAL TMBS BATU RAKIT
Aktiviti Terkini | 22 Julai 2022Satu program telah diadakan di Dataran Padang Bola Kampung Wakaf Chagak yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit selama tiga hari bermula 21-23 Julai 2022. Pertandingan mewarna wanita dan kanak-kanak telah dijalankan pada hari kedua di mana ianya melibatkan kanak-kanak dari pelbagai Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI ), kanak-kanak dan wanita sekitar Dun Batu Rakit. Pertandingan dimulakan dengan kategori PASTI, diikuti dengan kategori kanak-kanak dan kategori wanita. Hadiah dan saguhati diberikan kepada para pemenang. PEDi Mengabang Lekar berperanan dalam membuat hebahan untuk mencari para peserta yang menyertai pertandingan....baca selanjutnya
LAWATAN MCMC
Aktiviti Terkini | 1 Jun 2022Satu lawatan olah pihak MCMC telah diadakan di PEDi Mengabang Lekar. Tetamu dibentangkan dengan Portfolio PEDi Mengabang Lekar serta tetamu dibawa untuk melihat produk produk daripada usahawan PEDi. Akhir sekali adalah sesi bergambar serta tetamu dihidangkan dengan jamuan ringan....baca selanjutnya
SANTAI RAYA EDISI 2022
Aktiviti Terkini | 28 Mei 2022Staf PEDi telah menjalankan satu aktiviti bersama ahli komuniti RAKR Mengabang Lekar dengan menjemput mereka untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta sedikit jamuan bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri 2022. Antara aktiviti yang diadakan adalah menghias belon bertemakan raya, membina perkataan daripada huruf yang dipilih dan cabaran botol air. Pada akhir permainan, cenderahati disediakan kepada para peserta dan mereka juga dijemput untuk menikmati juadah jamuan yang disediakan....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN BERSAMA LPPKN (IMPLIKASI KEHAMILAN REMAJA)
Aktiviti Terkini | 2 April 2022Staf PEDi telah terlibat dalam Program Advokasi KafeTEEN bersama LPPKN di mana ianya disertai oleh seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada kalangan remaja peringkat umur 13-24 tahun. Program pada kali ini dijalankan secara bersemuka dengan kehadiran staf LPPKN di PEDi. Peserta pada kali ini disertai oleh penduduk sekitar PEDi dan juga sekitar Batu Rakit. Program ini meliputi 4 segmen iaitu Pendaftaran peserta, Promosi Aplikasi My KafeTEEN, perkongsian ilmu dengan tajuk pilihan dari Modul Cakna Diri dan kuiz interaktif dengan menggunakan aplikasi Kahoot....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN BERSAMA LPPKN ( JANTINA @ GENDER )
Aktiviti Terkini | 6 Mac 2022Staf PEDi telah terlibat dalam Program Advokasi KafeTEEN bersama LPPKN di mana ianya disertai oleh seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada kalangan remaja peringkat umur 13-24 tahun. Peserta pada kali ini disertai oleh penduduk sekitar PEDi dan juga sekitar Batu Rakit. Program ini meliputi 4 segmen iaitu Pendaftaran peserta, Promosi Aplikasi My KafeTEEN, perkongsian ilmu dengan tajuk pilihan dari Modul Cakna Diri dan kuiz interaktif dengan menggunakan aplikasi Kahoot....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN BERSAMA LPPKN ( PENYAKIT JANGKITAN SEKSUAL & HIV/AIDS)
Aktiviti Terkini | 5 Febuari 2022Staf PEDi telah terlibat dalam Program Advokasi KafeTEEN bersama LPPKN di mana ianya disertai oleh seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada kalangan remaja peringkat umur 13-24 tahun.yang mana ia telah melibatkan seramai 25 orang peserta dari perintkat umur 13 hingga 24 tahun. Program ini merangkumi 4 segmen iaitu Pendaftaran peserta, Promosi Aplikasi My KafeTEEN, perkongsian ilmu dengan tajuk pilihan dari Modul Cakna Diri dan kuiz interaktif dengan menggunakan aplikasi Kahoot....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN BERSAMA LPPKN
Aktiviti Terkini | 12 Januari 2022Staf PEDi telah terlibat dalam Program Advokasi KAfeTEEN bersama LPPKN yang mana ia telah melibatkan seramai 25 orang peserta dari perintkat umur 13 hingga 24 tahun. Program ini merangkumi kepada 4 segmen iaitu Pendaftaran peserta, Promosi Aplikasi My KafeTEEN, perkongsian ilmu dengan tajuk pilihan dari Modul Cakna Diri, Penutupan program.Program ini turut disertai oleh Pengarah LPPKN Terengganu iaitu En Muhammad Noh bin Abdullah...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya