Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
PI1M mengabang lekar terletak di kawasan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Mengabang Lekar di dalam Kampung Pagar Besi, Parlimen Setiu, Adun Batu Rakit
Asal usul nama Mengabang Lekar diperolehi dari keadaan geografi kampung yang mempunyai banyak “mengabang” atau dikenali sebagai “anak sungai”
Disebabkan faktor geografi “mengabang” ini maka jalan di sekitar kampung ini berlekar-lekar (berliku-liku).
Nama batu rakit pula berasal dari kewujudan satu jajaran batu yang permukaan atasnya timbul dan terletak lebih kurang 400 meter dari daratan dan kelihatan seperti rakit. RAKR Mengabang Lekar terletak kira-kira 30km dari Bandar Kuala Terengganu.
Terdapat banyak kemudahan yang disediakan untuk kegunaan rakyat setempat antaranya Klinik Desa, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Futsal, Balairaya, Kedai Makan, Tempat Penginapan, Tapak Pasar Malam dan Kedai Keropok Lekor yang sinonim dengan Negeri Terengganu Darul Iman.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PRIHATIN (SPPP)
Aktiviti Terkini | 13 Disember 2021Staf PEDi telah terlibat dalam Program Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang melibatkan pihak SSM serta beberapa buah PEDi dari semenanjung dan wilayah persekutuan. Taklimat telah berlangsung selama satu jam setengah dan taklimat disampaikan oleh Ketua Unit Seksyen Pendaftaran Perniagaan iaitu En. Muhammad Syafiq Hairom. Taklimat berakhir pada pukul 12.30 pm....baca selanjutnya
PROGRAM LIVE FB : PENERANGAN PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA ( PEDI ) MENGABANG LEKAR
Aktiviti Terkini | 28 November 2021Staf PEDi mengadakan sesi live di Facebook bersama dengan staf PEDi Telaga Daing yang bertajuk Penerangan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia ( PEDi ). PEDi ini merupakan penambahbaikkan di mana pada asalnya ianya dikenali sebagai Pusat Internet Komuniti. Melalui penambahbaikkan ini, terdapat perbagai latihan dan kursus yang ditawarkan di PEDi. Sesi live ini bermula pada pukul 11.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Antara isi kandungan lain yang diterangkan adalah peranan PEDi sebagai Pusat Sehenti untuk pelbagai aspek....baca selanjutnya
PROGRAM LIVE FB : PENERANGAN BERKENAAN BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN (BKP)
Aktiviti Terkini | 27 Oktober 2021Staff PIK mengadakan sesi live di Fb bagi memberi penerangan berkenaan dengan bantuan terbaru dari kerajaan berjumlah RM500. Bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP). Live fb bermula pada pukul 3 petang dan sesi live bermula dengan cara menyemak kelayakan kemudian ke bahagian maklumat tambahan di bahagian FAQ....baca selanjutnya
MAJLIS BACAAN YASIN & PERKONGSIAN FADHILAT HARI JUMAAT ANJURAN PIK KLUSTER KUALA NERUS/ KUALA TERENGGANU
Aktiviti Terkini | 3 September 20214 PIK di bawah kluster Kuala Nerus/ Kuala Terengganu telah bersama sama mengadakan Majlis Bacaan Yasin serta perkongsian berkenaan fadhilat hari jumaat yang telah disampaikan oleh kesemua pik secara bergilir gilir. Majlis ini berlangsung selama 2 jam dan diketuai oleh Pengurus PIK Chendering....baca selanjutnya
PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
Aktiviti Terkini | 23 Ogos 2021Staff PIK menyediakan lukisan untuk para peserta yang menyertai pertandingan ini. Terdapat dua lukisan yang perlu para peserta siapkan mengikut kreativiti masing masing. Para peserta dikehendaki mengambil lukisan tersebut di PIK dan siapkan di rumah. Hadiah diberikan untuk semua peserta yang terlibat....baca selanjutnya
PROGRAM PEMBELAJARAN INTERAKTIF SECARA ATAS TALIAN
Aktiviti Terkini | 1 - 31 Julai 2021Staff PIK memberi maklumat kepada penduduk melalui live serta video interaktif yang disediakan sepanjang bulan.Penerangan berkenaan pelbagai jenis info berkaitan internet serta ICT. Aktiviti berlangsung dalam tempoh masa 1 jam...baca selanjutnya
POCKET TALK ONLINE
Aktiviti Terkini | 23 Jun 2021Pusat Internet Komuniti (PIK) Mengabang Lekar membuat hebahan kepada orang ramai berkenaan Pocket Talk Online...baca selanjutnya
PERTANDINGAN ‘ WORD SEARCH ’ RAMADHAN
Aktiviti Terkini | 11 Mei 2021Pusat Internet Komuniti (PIK) Mengabang Lekar membuat hebahan kepada orang ramai berkenaan Pertandingan Word Search Ramadhan...baca selanjutnya
“ VAKSIN COVID-19 “ BERSAMA KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 24 April 2021Pusat Internet Komuniti (PIK) Mengabang Lekar membuat hebahan kepada orang ramai berkenaan Pendaftaran Vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera....baca selanjutnya
LAWATAN RASMI PENGERUSI SKMM KE PIK CHENDERING
Aktiviti Terkini | 7 Mac 2021Penerangan tentang Program yang dilaksanakan di PIK Chendering kepada tetamu ...baca selanjutnya
BENGKEL LANJUTAN FS4A
Aktiviti Terkini | 23 – 25 Februari 2021Program ini dianjurkan oleh pihak Arus Academy....baca selanjutnya
PROGRAM JOM@TUISYEN SPM 2020
Aktiviti Terkini | 23 – 31 Januari 2021Program pada mulanya dihoskan oleh PIK Desa Satu bagi Jom@Tuisyen seluruh Malaysia di mana peserta terbuka kepada semua calon SPM 2020 seluruh Malaysia....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya