Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

PI1M mengabang lekar terletak di kawasan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Mengabang Lekar di dalam Kampung Pagar Besi, Parlimen Setiu, Adun Batu Rakit
Asal usul nama Mengabang Lekar diperolehi dari keadaan geografi kampung yang mempunyai banyak “mengabang” atau dikenali sebagai “anak sungai” Disebabkan faktor geografi “mengabang” ini maka jalan di sekitar kampung ini berlekar-lekar (berliku-liku).

Nama batu rakit pula berasal dari kewujudan satu jajaran batu yang permukaan atasnya timbul dan terletak lebih kurang 400 meter dari daratan dan kelihatan seperti rakit. RAKR Mengabang Lekar terletak kira-kira 30km dari Bandar Kuala Terengganu.

Terdapat banyak kemudahan yang disediakan untuk kegunaan rakyat setempat antaranya Klinik Desa, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Futsal, Balairaya, Kedai Makan, Tempat Penginapan, Tapak Pasar Malam dan Kedai Keropok Lekor yang sinonim dengan Negeri Terengganu Darul Iman.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PERTANDINGAN ‘ONLINE PUZZLE’

Aktiviti Terkini | 20 Disember 2020

Para peserta menyelesaikan teka teki dengan menyusun kepingan gambar menjadi gambar yang lengkap...baca selanjutnya

ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK SECARA LIVE DI FACEBOOK ( ONLINE GROOMING )

Aktiviti Terkini | 20 November 2020

Memperkenalkan serta memberi hebahan akan perkhidmatan yang terdapat di PIK Mengabang Lekar....baca selanjutnya

PERTANDINGAN ‘ TYPING TEST ‘

Aktiviti Terkini | 3 Oktober 2020

Taklimat diberikan kepada para peserta akan peraturan pertandingan....baca selanjutnya

MEWARNA DAN MELIPAT ORIGAMI

Aktiviti Terkini | 11 September 2020

Menarik minat komuniti setempat untuk menyertai aktiviti yang dijalankan oleh pusat internet....baca selanjutnya

MEWARNA DIGITAL SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini |21 Ogos 2020

Menarik minat komuniti setempat untuk menyertai aktiviti yang dijalankan oleh pusat internet....baca selanjutnya

IN-HOUSE TRAINING " TEAM DYNAMIC & REFRESHER PROGRAM"

Aktiviti Terkini | 21 – 22 Julai 2020

Untuk meningkatkan kualiti produktiviti pada pekerja baru dan juga pekerja lama....baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya

MOBILE TEAM KWSP” BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 8 Februari 2020

Mempromosikan pusat internet dengan lebih meluas....baca selanjutnya

PROGRAM 7 HENTIAN DUN BATU RAKIT & PERTANDINGAN MEWARNA DIGITAL

Aktiviti Terkini | 04 Januari 2020

Program dimulakan dengan pertandingan mewarna digital yang disertai oleh kanak-kanak penduduk setempat dan mengadakan aktiviti yang memberikan lebih pendedahan berkenaan ICT kepada para peserta....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti